Cara Basuh CD

0 comments
  • Prewash 3 kali sebelum guna buat pertama kali tanpa menggunakan sabun (Basuh, jemur, basuh jemur, basuh jemur)
  • Buang semua najis ke dalam mangkuk tandas, bilas sehingga hilang bau dan masukkan ke dalam baldi
  • Masukkan kesemua CD ke dalam mesin basuh
  • Gunakan sabun paling murah di pasaran, tiada peluntur tiada bahan kimia yang terlampau (contoh : Trojan, Harimau Kuat, Daia, Fab Antibakteria). Sabun membasuh baju bayi seperti Cosway Kiddie Wash, Pureen HAD adalah sangat disyorkan. Jangan sesekali menggunakan pelembut atau clorox yer.
  • Gunakan laundry net untuk menjamin jangka hayat CD anda
  • Sidai (seeloknya di bawah cahaya matahari). Kesan kuning tahi akan hilang jika dijemur di bawah cahaya matahari. Tidak perlu berus yer. 
  • Angkat dan masukkan insert siap-siap untuk penggunaan siang 1 insert dan malam (2 inserts)
Cloth Diaper Bamboo Charcoal / Insert Bamboo Charcoal / Cotton

  • Prewash sekurang-kurangnya 6 kali.
  • Jangan campurkan dengan CD yang bukan jenis bamboo semasa prewash kerana dikhuatiri minyak pada bamboo akan menganggu penyerapan CD  jenis lain.
  • Selepas digunakan, boleh basuh bersama CD jenis lain.
  • Setelah lebih 10 basuhan (terutamanya Insert Bamboo Charcoal) kualiti serapan adalah pada tahap terbaik.
  • Jadi jangan risau kalau pada permulaan akan bocor, kerapkan basuhan. Pasti anda akan tersenyum selepas itu, bak kata orang, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian :)


 

Lampin Moden 4 U Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea